Assalamualikum dan selamat sejahtera kepada semua tetamu ilmu. Sudah sekian lama tidak menulis,membuatkan saya terasa agak kekok untuk memulakan penulisan. Persoalan yang pertama sekali timbul ialah, hendak bermula di mana?. Terlalu banyak kejadian-kejadian politik yang tercetus di dalam negara ketika ini. Bermula dengan pergolakan di dalam UMNO, pertempuran dalaman PPP, pergolakan rumah tangga Istana, kemunculan nostalgia Komunis sehinggalah kepada "ribut dalam cawan" di dalam Parti PAS.Polemik berkenaan sapa yang paling layak memegang teraju kepimpinan Parti telah melanda PAS di dalam Muktamar ke 55 di Stadium Malawati. Saya mengira perkara ini adalah yang terhangat untuk jangka waktu terdekat ini disamping isu utama iaitu Kerajaan Perpaduan. Maka saya akan mengulas berkenaan perkara-perkara sebegini dahulu.
Apakah terminologi Ulama?..Sememangnya tidak dinafikan bahawa Ulama merupakan pewaris perjuangan para Nabi.Namun, perkara utama yang terbit di dalam benak saya ialah siapakah yang mengecilkan skop pengertian Ulama itu kepada definisi yang sempit sehingga hanya bererti mereka-mereka yang memperlajari agama sahaja?..Saya berpendapat, Ulama adalah terminologi yang luas, iaitu seseorang yang berilmu, bukan sahaja mahir di dalam ilmu agama bahkan juga menguasai ilmu-ilmu dari disiplin yang lain.Saya secara jujurnya agak terganggu sedikit dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pimpinan PAS yang saya kira tidak memahami pengertian ilmu di dalam konteks yang luas seperti Ustaz Nik Abduh yang mencetuskan polemik Ulama celup.Saudara,saudari tetamu ilmu yang dirahmati Allah swt sekalian, ingin saya menarik perhatian anda semua kepada isu yang terjadi pada masakini.Apakah sudah cukup buat anda untuk menguruskan pentadbiran negara dengan hanya anda berbekalkan ilmu agama?.Alhamdullilah anda mendapat pelajaran agama di Universiti Al-Azhar atau Darul Ulum Deoband.Sememangnya ia merupakan sebuah institusi yang bagus dan dihormati kerana tradisi ilmu yang tinggi.Namun, apakah anda sudah mampu mentadbir sebuah negara yang permasalahannya meliputi aspek ekonomi-politik,sosial,polisi awam dan sebagainya hanya dengan anda faseh berbahasa arab dan mempunyai keahlian di dalam ilmu agama?..Saya melihat isu ini terhasil kerana ketidakfahaman akan sifat ilmu. Ilmu itu kurniaan Illahi,sebegitu luas nya Ilmu yang dikurniakan oleh Illahi sehingga digalakkan kita agar menuntut ilmu.Sehinggakan surah pertama yang diturunkan adalah seruan Illahi agar umat manusia menuntut ilmu. Polemik samada Ulama atau Professional yang layak meneraju kepimpinan parti PAS dan negara terjadi akibat dari ketidakfahaman kepimpinannya akan epistemologi.Ilmu perlu dikuasai secara menyeluruh.Seseorang Ulama memerlukan pengetahuan akan perkara-perkara terkini seperti ilmu ekonomi, sains, teknologi mahupun politik untuk melayakkannya menjadi pentadbir yang baik. Perkara yang sama juga turut diperlukan oleh seseorang Professional, yang mana mereka perlu menguasai ilmu agama sehingga membolehkan mereka menjadi imam sembahyang dan sebagainya.Perkara inilah yang ditekankan oleh Al-Marhum Ustaz Dato Hj Fadzil Noor melalui seruan "Mengulamakan Professional dan Memprofessionalkan Ulama" ketika hayat beliau sebagai Presiden Parti PAS.Perkara yang jelas ialah,beliau mahukan pemimpin yang serba boleh di dalam PAS untuk mengubah persepsi stereotype yang sering mengaitkan PAS dengan parti lebai-lebai kampung!.Melalui analisis yang saya lakukan,PAS hanya menemui zaman kegemilangannya apabila dua golongan ini bersatu padu membentuk kepimpinan yang mantap. Sebagai contoh,PAS ketika dibawah pimpinan sebelum Dr Burhanuddin Al-Hemly,hanya berjaya pada tahap skala yang kecil sebelum kemunculan Dr Burhannudin yang berjaya membawa PAS mempunyai wakil lebih dari seorang di Parlimen disamping mempunyai Kerajaan Negeri.Gabungan diantara Dr Burhanuddin yang merupakan seorang professional dan Prof Zulkifli Muhammad sememangnya benar-benar memberikan erti tema "memprofessionalkan ulama dan mengulamakan professional" ketahap yang tertinggi!.Walaupun ramai yang menyumpah seranah Tan Sri Asri sebagai punca kemunduran PAS,namun perlu dilihat bahawa tindakan beliau membawa PAS memasuki gabungan BN adalah di atas sifat menjaga perpaduan masyarakat yang terancam pasca meletusnya peristiwa 13mei 1969.Setiap pemimpin mempunyai kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri.
PAS sesungguhnya memerlukan kedua-dua golongan ini di dalam menjana Parti kearah kecemerlangan.Saya secara peribadinya agak terganggu dengan kenyataan sesetengah pemimpin di dalam PAS yang menyatakan bahawa PAS mampu membentuk kerajaan Persekutuan tanpa perlu dari sokongan dari parti-parti komponen yang lain.Saya sebagai seorang yang dilatih untuk mengkaji dunia politik,secara jujurnya menyatakan bahawa PAS tidak akan mampu mendapat majoriti mudah untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.Mengapa?,benar PAS mempunyai sokongan dari bukan Melayu,percayalah bahawa untuk emnghadapi UMNO dengan 1 lawan 1 dikawasan keseluruhan didominasi oleh Melayu,PAS tidak akan berupaya menguasai kesemua kerusi.Ayuh kita menganalisis secara terperinci.PAS meletakkan kesemua calon di seluruh semenanjung(kecuali Sabah dan Sarawak yang mana pengaruh PAS adalah kurang),kesemua kerusi yang dimenangi oleh PAS ketika pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 adalah kerusi-kerusi yang terletak di kawasan urban(bandar) yang mana komposisi pengundi adalah bercampur.Sebagai contoh, PAS memenangi kawasan Kota Raja yang didominasi oleh pengundi bukan Melayu.Namun, apakah PAS akan berjaya mengekalkan kerusi tersebut di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti jika tidak lagi di dalam pakatan?.Saya tidak merasakan yang mereka mampu melakukannya kecuali Ahli Parlimen kawasan tersebut iaitu Dr Mariah Mahmud sememangnya disayangi oleh pengundi kerana kewibawaanya sebagai pemimpin.Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang bersifat plural dan masyarakat pula terbahagi dengan rencam(segmented) kepada ideologi,kaum,mazhab dan sebagainya. Maka permuafakatan diantara parti politik adalah perlu untuk menubuhkan sebuah kerajaan!.Di dalam usaha ini,PAS memerlukan bantuan PKR dan DAP.PAS tidak boleh bertindak "one man show" kerana politik semasa tidak mengizinkan tindakan sebegini terjadi.UMNO tidak berjaya hanya kerana ia memainkan isu perkauman mahupun menggunakan "3M" iaitu "money,media and machinery", tetapi UMNO berjaya kerana koalisi yang mereka adakan dengan parti MCA dan MIC.Namun,jika PAS merasakan bahawa mereka terpinggir di dalam Pakatan Rakyat(PR) ini adalah kerana ketidakupayaan pemimpinnya untuk mengakomodasi kepentingan PAS dengan kepentingan PR.Perkara ini bermaksud,ada besar kemungkinan pemimpin PAS terlalu menurut kehendak Anwar Ibrahim sehingga melepaskan apa yang dimahukannya.Di dalam hal ini, perbincangan adalah memainkan peranan yang besar sekali.Politik masakini tidak membenarkan anda bertindak "one man show" tetapi menuntut anda mengadakan gabungan dengan parti lain untuk menghadapi "common enemy". Permainan media yang tanpa penyokong PR sedari telah sedar menanamkan bibit-bibit pertelingkahan di dalam gabungan PR.Diserlahkan seolah-olah pemimpin di dalam PR bertelagah dari pelbagai isu dan apa yang menyedihkan ialah,disebabkan kepimpinan PR ada yang maseh kurang pengalaman politiknya cenderung memberikan kenyataan yang bukan-bukan sehingga berpotensi meruntuhkan solidariti gabungan PR.Perkara inilah yang mendedahkan kelemahan PR kepada pihak lawan.
PR pada hakikatnya maseh di dalam transisi dari pakatan politik yang berbentuk "election pacts" menuju kepada transisi kedua iaitu Pakatan solidariti politik(Political Solidarity Pacts).Pakatan Solidariti Politik hanya akan terjelma apabila kesemua parti komponen bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan yang terdiri dari ketiga-tiga parti yang diikat oleh sifat kebersamaan untuk menumbangkan parti BN.Fasa yang seterusnya jika PR berjaya di dalam fasa transisi ini ialah,kearah menubuhkan politik gabungan yang mana sifat solidariti politik itu telah mapan,mempunyai objektif yang sama,mempunyai jentera yang satu dna jika waktu ini telah tiba,maka PR sudah benar-benar menjadi sebuah gabungan politik yang unggul untuk memacu politik negara ke arah kestabilan dan keadilan masyarakat.Namun,jika percakaran maseh lagi terjadi,ia seakan-akan mengambarkan bahawa PR hanyalah sekadar election pacts dan akan runtuh selepas mendapat kuasa.Perkara ini telah terbukti melalui projek Barisan Alternatif pad apilihanraya 1999 dan 2004.Pada pilihanraya 1999,BA terdiri dari KeADILan,PAS dan DAP serta PRM.Namun,pasca pilihanraya tersebut yang memperlihatkan parti DAP mengalami kekalahan teruk sehingga tokoh-tokoh besar mereka seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh tidak berjaya memperolehi kerusi Parlimen,DAP mengambil langkah meninggalkan gabungan BA.Alasan yang diberikan ialah kerana tidak senang dengan prinsip negara islam PAS.Perkara yang sama ini tidak seharusnya terjadi di dalam gabungan PR.Demi mengelakan perkara yang sama berlaku,pemimpin-pemimpin di dalam PR harus bijak mengakomodasikan kepentingan masing-masing,jangan ada yang menangguk di air keruh dengan mengenepikan sesetengah parti untuk perjuangan politik sendiri.Perkara sebegini yang perlu dielakkan untuk menjaga keharmonian dan kestabilan gabungan politik di antara parti-parti yang berbeza ideologi seperti Pakatan Rakyat!.PAS perlu kekal bersama di dalam PR untuk meneruskan perjuangan agenda Islamnya.Saya percaya PAS akan berjaya mengemudi PR kerana kstabilan prinsip perjuangan PAS berbanding parti-parti lain yang kadangkala individunya hanya berminat untuk memegang kuasa tanpa prihatin akan soal kebajikan rakyat.Namun,PAS tidak boleh bergerak sendirian tanpa rakan-rakan di dalam PR serta parti-parti politik yang lain di dalam PR pula janganlah pula mengambil kesempatan di atas niat ikhlas PAS untuk bersama di dalam perjuangan untuk rakyat. Saya percaya,jika keharmonian perjuangan dapat diaplikasikan di dalam prinsip dan realiti perjuangan PR,maka PR akan berjaya menumbangkan BN di dalam pilihanraya ke 14,kerana jangkaan saya di dalam pilihanraya ke 13,BN masih menguasai pemerintahan negara atau sekurang-kurangnya beberapa negeri akan jatuh ke tangan PR walaupun bukan kerajaan persekutuan.Namun,Insyallah di dalam pilihanraya ke 14,BN akan tewas keseluruhannya,tetapi dengan syarat yang PR berjaya mengekalkan rentak dan momentumnya kini dan berjaya mengelakkan perpecahan di dalam gabungan parti!.
Saya juga berharap agar di dalam Muktamar di tahun hadapan,tema yang menjadi pilihan utama para perwakilan bukan lagi berkisar kepada kuasa:siapa, mendapat apa,bila dan bagaimana, tetapi lebih kepada isu-isu manusia seperti globalisasi,kemelesetan ekonomi global dan bagaimana mengatasinya,pemanasan global serta isu-isu kemanusiaan yang terkini dari hanya menumpukan kepada polemik siapa lebih layak memimpin dan siapa yang lebih alim.PAS sebagai parti yang bertunjangkan Islam perlu berjuang didalam pelbagai lapangan samada sosial,ekonomi mahupun teknologi,kerana Islam itu adalah agama yang syumul dan kita harus menunjukna kepada segenap lapisan masyarakat bahawa Islam mampu menyelsaikan segala isu yang dihadapi rakyat,bukan hanya memperdebatkan siapa yang lebih tinggi pengajian agamanya atau siapakah yang layak digelar Ulama atau Professional.Gabungan di antara kedua-dua golongan ini bukan sahaja perlu tetapi begitu penting untuk PAS meneruskan kesinambungannya di dalam persada politik perdana Malaysia.Jika kontradiksi yang membuang masa seperti yang berlaku sebelum ini diteruskan,maka saya meramalkan PAS tidak akan berjaya menjadi sebuah parti politik yang mendapat sokongan semua pihak melainkan pihak-pihak tertentu sahaja...
*Kesibukan berkerja dan menyiapkan kajian menyebabkan saya agak kurang memperbaharui penulisan.Namun,insyallah akan disiarkan tulisan-tulisan terbaru jika mempunyai kelapangan!..

3 comments:
Congrats bro!! Aku pun stuju dgn apa yang terkandung dlm entry ni..dlm tesis aku pun ada menyentuh soal ni..bkn apa yang terjadi dlm PAS tetapi penting PAS terus kekal dalam pakatan ketika menghadapi PRU 13 nanti..
Salam ziarah
Ulama' perkataan yang berasal dpd kata ilmu..jd boleh ulama boleh diertikan sebagai ilmuwan, org yang berilmu dan seperti yang saudara ckp tuh saya mmg bersetuju, ilmu tuh sangat luas dan tidak terbatas, knp perlu dikecikkan skop ulama' tuh kn.
Korg tak nampak ke yg PAS tu hanya Pak Sanggup..Tok Guru korang tak abes2 backup Cina sampai sanggup gadai maruah sebagai Parti Islam..Kalaulah PR berkuasa, agaknya parti mana yang akan menerajui PR??Bodoh la korg nie..Buat Melayu jatuh ke bawah lagi sahaja..Gaduh sama2 Melayu..Padahal sama2 Islam..Tapi yang Cina kutuk2 Islam korang baik pulak..Tak phm aku..Aku tgk Pas skrg menyesatkan aje..Semua benda dihalalkan utk mendpt kuasa..Buta ke??
Post a Comment